Lakaran garisan diwajahnya yang timbul setiap kali melonjak kepada usia baru sudah cukup memberi erti kepada kegigihan malah kesungguhannya untuk mendidik anak sendiri.
Tiada yang diimpikan,melainkan melihat anak sendiri berjaya dalam semua prospek mahupun duniawi ataupun akhirat.
Dialah ketua,dialah idola,dialah segala-galanya.Dialah bapa.Bapa yang merupakan peneraju bagi anak-anak mahupun isteri untuk berlindung.
Dia tidak meminta untuk dibalas jasanya,dia cuma mahu anak-anaknya menjadi insan yang berguna,yang dapat membanggakannya,yang dapat mengirimkan bacaan doa kepadanya apabila dia tiada nanti,yang sentiasa melakukan kebaikan untuk nusa dan bangsa.Adakah kita seperti yang dia inginkan?
Renungkan sejenak,mengambil semula nostalgia lama,menghirup semula memori dahulu,adakah kita pernah melukakan hati dia?Sering ingkar akan arahannya?Adakah kita tidak berfikir,kesukarannya dulu menjaga kita diwaktu kecil,bersengkang mata memastikan kita nyenyak,mengikat perut demi memastikan kita tidak kelaparan,malah memberikan segala-galanya yang kita inginkan .Segantang emas belum tentu dapat menebus semula pengorbanan yang telah dia lakukan.Teramat besar pengorbanannya.
"Ya Allah jadikan kami ini tergolong dalam anak yang sering mengingati jasa ibu bapa kami,yang sering patuh kepada mereka selagi mereka tidak menyuruh kami melanggar perintah-Mu".
No comments:
Post a Comment