Sunday, 14 April 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Fuhhhhh...Lame xon kite punye blog..Okay,,Harini sy ade satu iklan untuk bilik sewa di Kelana Jaya (Kelana Puteri Condominium) - Blok C..

So,mane gadis-gadis yang sekarang ni tengah mencari bilik untuk disewa,murah2 - RM 215.00 (Setiap bulan termasuk utility dan bil elektrik) je, boleh dm sy @ email addasyuhada995@gmail.com .

Urgent untuk kemasukan May 2019.


Bilik untuk disewa (Master room) - Urgent
Kelana Puteri Condominium
Block C

Untuk seorang sahaja (perempuan, islam)
10 minit ke LRT Kelana Jaya, Paradigm Mall ,Giant,Cimb Bank
Deposit 2+1 (Rm 215 sebulan)
* Katil
* Kipas syiling
* Tv
* Peti ais
* Mesin basuh
Kemasukan 1 mei 2019
#contact : 0139617726
#please share n pm bg yang berminat

Sunday, 1 September 2013

ADDA ZARA


Ada menjual Pakaian wanita dan lelaki dewasa, Pakaian kanak-kanak berjenama (original),Ubatan tradisional seperti Nenas batu, Minyak Mariam dll, Susu Alpha Lipid dan Slim Diet II dan Produk Revell. Selain bershoping ...bagi yang tengah mencari Resepi Masakan, Petua-petua masakan dan kecantikan,Fesyen, baca perkembangan semasa dan apa-apa jer bolehlah layan jer kat sini yer....
CONTOH JENAMA BRAND ZARA













    Pengalaman ku Dengan Rakan Baru Di Politeknik
Pertama kali Que datang ke politeknik nie  semasa berdaftar masuk kesini. . .Que rase berdebar sangat sebab nielah pengalaman pertama       Que belajar tanpa dihantar oleh ibubapa pada tiap-tiap pagi,macam zaman sekolah dulu-dulu. .tapie sekarang ulang alik jalan kaki je nak ke kelas. .
Biase arr name je belajar tinggi-tinggi kenelah usaha sikit. .
Firsttime,masuk dalam Dewan Jubli Perak. .adalah MajlisSuaiKenal(MSK) memang Que takut nak tegur sape-sape. .tapi ade yang tegur. .tanye namaku,duk mana. .amik caurse ape ,macam-macamlah tanye,start dari tuu larhh Que tegur-tegur orang lain.Que pendiam sbenarnya sebab tulah malas nak tegur sape-sape. .
Tapi start ada program MajlisSuaiKenal(MSK),Banyaklah program-program kat dewan tuu. .Que baru tahu tujuannya just nak pelajar sporting-sporting. .nak eratkan silaturrahim satu sama lain. . Start situ Que dapat kenal kawan-kawan Que sampailah sekarang nie. .
Ramailah kawan-kawan ku kat sini. .yang paling rapatnya Azie(Classmate),Syawaltie(Classmate),Scha,Eyqa(roommate),Aneem. .
Lepas Majlis Suai Kenaltuu,Que kenal-kenal pula kawan sekelas (DAT 1C)sumenye 53orang satu kelas. .tu termasuk dengan Que sendirilah..susah orr nak ingat name sowang-sowang tau. .tapie ALHAMDULILLAH sumenye dah rapat..sumenye xsombong. .sumenye jenis tegur-tegur,sumenye terbaekk termasuk kawan lelaki dalam kelas. .sumenye pandai-pandai orww. .
Nie je yang dapatku share..tentang kenalan  kawan-kawan di POLITEKNIK KOTA BHARU..hArap kekallah ngan semua kawan-kawan yang Que kenal sekarang nie. .                                 

Idolaku Neelofa

 
NEELOFA..
Noor Neelofa Mohd Noor (lahir 10 Februari 1989) atau lebih dikenali sebagai Neelofa, ialah seorang pelakon, pengacara dan model iklan. Beliau dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan dan merupakan anak ketiga daripada sembilan adik-beradik. Ayahnya berketurunan Melayu dan ibunya berdarah Pakistan dan Arab. Beliau juga merupakan juara Dewi Remaja 2010. Pendidikannya ialah Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Sunway University College, Bandar Sunway, Selangor.
Antara drama lakonannya ialah Kasih Najihah, Tahajud Cinta, Kitab Cinta, dan Jiwa, Lara dan Kau Yang Terindah. Filem lakonannya ialah Azura, Hantu Kapcai, Lemak Kampung Santan, SAM dan Taiko.
Saya meminati Neelofa kerana lakonannya yang hebat...

Saturday, 31 August 2013

BISIKAN HATI

Abah......Ibu....
Pengorbanan kalian bak titisan air hujan,
Kasih sayang kalian sedalam lautan biru,
Doa kalian sedalam lautan biru,
Harapan kalian setinggi sang rembulan.

 Abah.....Ibu....
Demi kalian aku rela,
Rela berusaha dan bertekad untuk berjaya,
Ingin membalas segala budi baik kalian,
Dan ingin menjadi seri kandi yang cemerlang,
Walau setinggi rembulan,
Aku tetap tak akan gentar.

Ibu.....Abah....
Sesungguhnya kalianlah puncak inspirasiku,
Kalianlah kompas hidupku,
Demi satu arah dan sebuah destinasi,
Untuk mengejar suatu kejayaan yang pasti.

Ibu.....Abah....
Tiada seungkap kata manis daripadaku,
Tiada sebaris bicara mulia buat kalian,
Hanya,terima kasih atas segalanya,
Doa ,kasih sayang dan pengorbanan
Kalian....

Kasih Sayang Ayah

Lakaran garisan diwajahnya yang timbul setiap kali melonjak kepada usia baru sudah cukup memberi erti kepada kegigihan malah kesungguhannya untuk mendidik anak sendiri.
Tiada yang diimpikan,melainkan melihat anak sendiri berjaya dalam semua prospek mahupun duniawi ataupun akhirat.
Dialah ketua,dialah idola,dialah segala-galanya.Dialah bapa.Bapa yang merupakan peneraju bagi anak-anak mahupun isteri untuk berlindung.
Dia tidak meminta untuk dibalas jasanya,dia cuma mahu anak-anaknya menjadi insan yang berguna,yang dapat membanggakannya,yang dapat mengirimkan bacaan doa kepadanya apabila dia tiada nanti,yang sentiasa melakukan kebaikan untuk nusa dan bangsa.Adakah kita seperti yang dia inginkan?
Renungkan sejenak,mengambil semula nostalgia lama,menghirup semula memori dahulu,adakah kita pernah melukakan hati dia?Sering ingkar akan arahannya?Adakah kita tidak berfikir,kesukarannya dulu menjaga kita diwaktu kecil,bersengkang mata memastikan kita nyenyak,mengikat perut demi memastikan kita tidak kelaparan,malah memberikan segala-galanya yang kita inginkan .Segantang emas belum tentu dapat menebus semula pengorbanan yang telah dia lakukan.Teramat besar pengorbanannya.
"Ya Allah jadikan kami ini tergolong dalam anak yang sering mengingati jasa ibu bapa kami,yang sering patuh kepada mereka selagi mereka tidak menyuruh kami melanggar perintah-Mu".